Cara Buka Akaun Jual Beli Saham Di Bursa Saham. Jika dahulu Bursa Saham sinonim dipanggil Bursa Saham Kuala Lumpur ( BSKL ). Disitu tempatnya orang menjual dan membeli saham. Jika anda hendak melabur dalam saham, tempat tersebut anda harus tuju untuk memulakan langkah untuk bermain saham. Hendak main saham, anda mesti mengikut syarat yang ditetapkan oleh setiap Pelabur Saham. Jadi, pastikan anda membuka akaun jual beli saham atau lebih dikenali Akaun CDF. Untuk buka akaun, anda diminta berurusan dengan syarikat broker..
Cara Buka Akaun Jual Beli Saham Di Bursa Saham
Pihak Bursa Saham sudah melantik individu tertentu yang akan berurusan dengan anda dalam dunia saham ini. Mereka biasa dikenali sebagai Remisier dan Dealer. Maksud dealer mereka yang makan gaji manakala Remisier mereka yang dapat komisen..
Dengan teknologi masa kini, mudah saja hendak jual beli saham. Anda boleh trade online pasaran saham hanya dengan menggunakan tablet, smartphone dan sebagainya lagi. Anda Cuma install aplikasi yang dikhususkan untuk saham..
Jika anda tanpa sedar telah membeli saham tanpa adanya akaun CDF dari syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh Bursa Saham. Maka anda telah ditipu. Jadi, berhati-hati, biasanya bukan sedikit wang yang dilaburkan membeli saham..
Cara Buka Akaun Jual Beli Saham
Ingin buka akaunnya dan memiliki dashboard saham tersebut. Kami cuba kongsikan cara mendaftar akaun tersebut..
Step 1 > Cari Syarikat Broker Yang Tersenarai
Nak carinya mudah saja, anda ke link Bursa Saham ini. Cari syarikat broker mana yang anda minat..
Step 2 > Cari Saham Patuh Syariah
Ada beribu-ribu saham yang boleh dibuat jual beli saham. Tapi anda yang saham patuh syariah dan juga tidak. Anda boleh semak saham patuh syariah di bursa saham..
Step 3 > Buka Akaun
Pergi ke kaunter syarikat broker yang anda pilih, Tanya mereka untukmembuat akaun CDF, bawa sekali dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, penyata akaun bank dan wang untuk membuka akaun..
Di sana tanya apa-apa soalan, contohnya bagaimana nak jual beli saham. Dan soalan sebagainya..
Step 4 > Akaun Siap Untuk Jual Beli Saham
Akaun anda akan siap dalam beberapa hari bekerja. Bila akaun anda dibuka, Sila catat atau simpan no akuan CDF dan juga no frust akaun tersebut. Melalui no tersebut anda akan dapat membuka dashboard saham tersebut..
Step 5 > Jual Beli Saham
Dari situ anda boleh la mula melabur saham mengikut kewangan. Time ini jadi la pelabur yang bijak..
Ini sedikit info yang dapat dikongsikan. Jika ingin mengetahui lebih lagi selok belok dunia saham atau cara mendapat keuntungan berganda dalam pasaran saham Malaysia. Panduan yang bertajuk Teknik Main Saham ini dapat membantu anda..
Terima kasih membaca artikel Cara Buka Akaun Jual Beli Saham Di Bursa Saham..
0 Komentar untuk "Cara Buka Akaun Jual Beli Saham Di Bursa Saham"