Panduan Belajar Main Saham

Soalan Biasa Pelaburan Saham


Soalan Biasa Pelaburan Saham. Anda yang ingin membuat pelaburan saham, ianya bukan begitu sukar seperti yang diperkatakan. Jika anda berfikir nak beli saham memerlukan modal yang tinggi. Memang sah tanggapan anda salah, anda boleh baca halaman Kos Pelaburan Saham ini. Kalau tiada ilmu semuanya rasa susah, kan. Nak belajar ilmu pelaburan ? Anda boleh baca Teknik Main Saham ini..

Soalan Biasa Pelaburan Saham

Soalan Biasa Pelaburan Saham


Ini soalan-soalan biasa yang selalu ditanya bia ingin menyertai pelaburan saham. Sila baca..

> Mesti susah melabur saham

Mana-mana pelaburan mesti susah, kan. Tiada yang senang kalau nak buat duit, lebih-lebih lagi tiadanya ilmu. Nak melabur saham tidak la susah, bila anda lama-lama dalam bidang ini pastinya anda akan dapat menguasainya. Mesti rasa tak susah pun..

> Susah ke buka akaun

Nak buka akaun CDF tidak susah, anda boleh pergi kemana-mana kaunter syarikat broker saham. Di kaunter tersebut, nyatakan anda ingin membuka akaun CDF tapi bawa sekali dokumen penting anda seperti salinan kad pengenalan..

> Kos Main Saham

Kos beli saham tidak tinggi, ada RM200 sudah boleh membeli saham yang diingini. Untuk permulaan beli dengan modal yang rendah dulu, bila sudah mahir dan dapat menguasainya. Baru gunakan modal yang lebih besar..

> Takut rugi

Jika nak main saham, hati kena kekal. Melabur saham ini tidak dinafikan risikonya besar. Rugi itu perkara biasa. Jadi, kukuhkan diri anda dengan ilmu, kajian dan pertanyaan dari pakar saham. Ia dapat menimumkan risiko kerugian anda..

> Betul ke main saham ini haram ?

Di bursa saham anda 2 jenis saham yang boleh dipilih, tak mahu yang haram pilih la yang saham patuh syariah. Jika pilih yang tidak patuh syariah, sah-sah la haram. Ini akibat  jika tiada ilmu dalam saham..

> Tidak pandai gunakan peralatan canggih

Peralatan canggih pun komputer dengan aplikasi saham saja. Rasanya zaman ini semua orang sudah mahir, tiada masalah dengan teknonogi ini. Peralatan ini memudahkan anda memantau saham-saham anda. Kalau tidak pandai, pastikan anda memperlajarinya, ianya mudah saja..


Soalan Biasa Pelaburan Saham


> Membuat pinjaman

Jika nak membeli saham dengan membuat pinjaman bank atau meminjam dari sesiapa, baik jangan melabur. Nanti ia memakan diri anda. Seeloknya gunakan duit lebihan anda dalam bank. Jika rugi, tiada orang mari cari, kan. Kalau untung, lagi puas hati, kan..huhu..

> Melabur saham untuk mereka yang berperlajaran tinggi ke ?

Ye ke untuk orang yang berpelajaran tiinggi. Tak lah, semua golongan sesuai, janji ada modal dan berkeinginan dalam pelaburan ini. Ingin memahami ilmu saham ini, anda kena banyak mencarinya, boleh dapatkan Panduan Sistem Saham dan juga cari mentor saham..


Okey, ini yang dapat ditulis dan dikongsikan untuk anda. Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu anda maju dalam pelaburan ini..

0 Komentar untuk "Soalan Biasa Pelaburan Saham"

Back To Top